Friday, 19 December 2014

ULASAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAK BERASASKAN WEB


            PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA ARAB BERASASKAN WEB

   Pembelajaran melalui laman web ialah pembelajaran secara elektronik atau dikenali sebagai
E-Pembelajaran. Ia merupakan kombinasi di antara elemen pendidikan dan teknologi
elektronik. Kaedah ini membolehkan individu mengikuti sesi pembelajaran secara lebih
terbuka dan bebas berdasarkan keinginan dan keupayaan sendiri tanpa perlu mengikuti jadual
atau menghadiri kelas yang

   Bruner pula telah memperkenalkan 4 model pedagoginya seperti berikut:
i.   Kanak-kanak adalah pelajar yang suka mencontohi
ii.  Kanak-kanak belajar melalui pendedahan didaktik
iii. Kanak-kanak sebagai pemikir
iv. Kanak-kanak adalah berpengetahuan

 Objektif Pembelajaran Bahasa Arab Melalui Laman Web
 i.   Mencapai keberkesanan yang maksimum dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
 ii.  Pembelajaran yang maksima dalam jangka waktu yang singkat dan kos yang
minima.
 iii . Kesejagatan sumber pengajaran dan pembelajaran
iv  . Mengurangkan bebanan dan menjimatkan masa guru dalam penyediaan
bahan bantu mengajar. 
 v.   Membantu menyelesaikan penyampaian konsep yang abstrak secara lebih
baik 
 vi.  Menyediakan bahan bantu mengajar yang relevan dengan teknologi hari ini.


       Pengunaan teknologi maklumat seperti web sangat memudahkan kerja kita kerana banyak informasi baharu akan dperolehi dengan mudah dan pantas. tetapi banyak juga keburukan yang akan kita hadapi terutama nya sekali golongan muda mudah terpengaruh contonhnya terpengaruh dengan budaya yang tidak baik (menggunakan alasan belajar bahasa arab tetapi dalam pada yang sama menggunakan peluang yang ada untuk melihat perkara-perkara sia-sia).

       Selain itu, tidak semestinya penggunaan web bagi pembelajaran bahasa arab sentiasa berkait rapat menjurus pada keburukan semata-mata, ada juga terdapat kebaikan yang dapat kita perolehi dengan cara teknologi web masa kini. misalnya jika kita menggunakan web untuk pembelajaran bahasa arab maka kos seperti kelas tambahan dapat dikurangkan, masa kita akan lebih jimat, maklumat boleh didapati dengan cara yang mudah serta padat, dapat melihat pelbagai cara pembelajaran yang lebih sistematik untuk diaplikasikan dalam sector pelajaran masa kini.

KESIMPULAN:

        Pada pendapat saya, pembelajaran bahasa arab melalui web amat strategi ini kerana banyak kepentingan dan faedah yang dapat kita perolehi. bak kata orang zaman sekarang 'maklumat hanya dihujung jari sahaja' tetapi dalam pada masa yang sama akal pemikiran kita juga perlulah hidup seiring teknologi sekarang. penting kepada kita untuk melaksanakan  kaedah ini kepada golongan dewasa supaya tidak ketnggalan zaman tetapi kita perlu memantau sedikit pergerakan mereka selagi mampu supaya tidak khayal.

.

   

No comments:

Post a Comment