Friday, 5 December 2014

my profile



JUMAHIDAH BINTI MHD IDRIS
930226-01-6226

SEKOLAH AGAMA TAMAN KOTA MASAI
KAMPUNG PARIT LAMAN BUKIT,
MUKIM 18 SRI MEDAN,
83400 BATU PAHAT, JOHOR.
MEMPUNYAI 8 ORANG ADIK BERADIK ANAK YANG LAST
TINGGAL BERSAMA ABANG

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PERMATANG RENGAS
SEKOLAH AGAMA ATTARBIAH ALISLAMIAH BATU PAHAT
MAAHAD JOHOR
UNIVERSISTI TEKNOLOGI MALAYSIA(UTM) SEM 2

KEHIDUPAN BANYAK COBAAN KADANG KALA NAIK DAN KADANAG KALA JATUH KITA SENTIASA PERLU BERSYUKUR SETIAP APA YANG BERADA DI HDPAN KITA GUNAKAN SEBAIK-BAIKNYA DAN JANGAN SESEKALI KITA MENGELUH WALAUPUN PERKARA SEBEGITU RUMIT ,,,MJU SENTIASA KE HADAPAN



  Pengenalan                      MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN          Multimedia ialah satu perkataan yang sering kita dengar pada masa sekarang apabila kita memperkatakan tentang komputer, lebih-lebih lagi komputer dalam pendidikan. Sebenarnya, multimedia sudah lama digunakan dengan meluasnya dalam pendidikan, cuma istilah ‘multimedia’ tidak wujud sehingga beberapa tahun ini. Pada hakikatnya, teks, grafik, bunyi dan video sudah lama digunakan untuk mempersembahkan sesuatu konsep atau topik dalam sesuatu mata pelajaran. Sehingga awal tahun 90an umpamanya, video dan cakera laser masih luas dipergunakan di sekolah-sekolah di Amerika Syarikat. Keadaan semakin berubah dalam dua tiga tahun ini di mana komputer menjadi semakin canggih dan sistem komputer itu dikatakan tidak lengkap tanpa pemacu cakera padat (pemacu CD-ROM).

         Di dalam dunia teknologi maklumat pada masa sekarang di mana kita sering dihujani dengan maklumat yang begitu banyak, adalah amat penting bagi kita untuk menguruskan maklumat-maklumat ini supaya ianya memberi makna kepada kita. Jika tidak, maklumat ini tidak dapat digunakan untuk kebaikan kita dan tidak dapat memberi apa-apa manfaat kepada kita. Kita yang berada dalam dunia pendidikan perlulah melihat kepada penggunaan teknologi yang canggih dalam membentukkan sistem yang dapat membantu kita dalam memberi pengetahuan yang berguna kepada para pelajar kita.

         Dalam era multimedia ini, adalah lebih penting bagi kita untuk melihat kepada cara-cara penggunaan multimedia untuk bukan sahaja memberi pengetahuan yang lebih tetapi juga untuk menggerakkan minda pelajar supaya tercetusnya idea-idea baru yang akan memberi pengetahuan baru kepada mereka. Untuk menggunakan teknologi bagi tujuan-tujuan pendidikan dan latihan, amatlah penting bagi kita untuk memisahkan alat, iaitu sistem multimedia, dari kaedah persembahan maklumat yang terdapat pada sistem tersebut, iaitu hipermedia. Sesungguhnya kewujudan sistem yang canggih tidak akan memberi manfaat kepada sesiapa jika ianya tidak menggunakan kaedah yang betul untuk menyampaikan sesuatu mesej kepada penggunanya

 


 

No comments:

Post a Comment