Friday 27 February 2015

CONTOH APLIKASI PERISIAN YG UNIK





                                  PERISIAN YANG UNIK DIGUNAKAN DALAM P&P

     Banyak yang dapat digunakan dalam P&P dalam pelajaran, terutama sekali untuk menarik perhatian kepada pelajar. Selain daripada mikrosoft yang ada benda lain atau teknologi lain dapat diguna pakai dalam pelajaran contohnya...pelajar akan mudah ingat dan faham dengan pantas, selain daripada itu pelajar mudah untuk menghafal dan ia sangat-sangat membantu untuk pelajar.

      Minat pelajar itu berbeza-beza bergantug kepada pemikiran seseorang dan daya ingatan mereka maka oleh itu banyak kegunaan dalam P&P secara bernas dan maju.


Friday 23 January 2015

common license

       


                               MAKSUD COMMON LICENSE ? PENGGUNAAN DALAM P& P

    common license ialah suatu produk keluaran yang ada seperti googel atau youtube tetapi setiap pengeluaran mempunyai lesen masing-masing yang tidak sama. ini kerana setiap l;esen tidak bagi setiap pengeluaran tidak boleh ditiru kerana ia untuk melindungi hak intelektual dan orang lain tidak sewenag-wenagnya diambil secara membabi buta sahaja.

creative commons attribution adalah wadah dari penghargaan kepada individu dalam melindungi karyanya yang diberikan kepada orang lain (disharekan secara gratis) dari pembajakan. Bahakan dalam dunia pendidikan dan ilmiah plagiat adalah suatu yang haram hukumnya. selain itu juga common license adalah cara untuk sume menjaga setiap yang dilaksanakan dengan baik tanpa ada sebarang kegunaan oleh orang lain. 



Menurut saya... 


CC by 3.0 berhubungan erat dengan credit bagi seorang creator atau pembuat sebuah karya dalam dunia maya, yang di bagikan secara gratis.


misalkan : pembaca mendownload sebuah temple blog gratis lalu memasang temple gratis tersebut pada blog pembaca. Sebagai seorang blogger yang baik tentuhnya pembaca akan diwajibkan untuk tidak menghilangkan kredit dari pembuat blog tadi. Betul tidak?




contoh....


golongan yang tiada lesen memerlukan lesen untuk menunggang atau memandu sesebuah kenderaan ...setiap kelulusan yang diberikan mesti hanya JPJ sahaja tidak boleh selain daripadanya. oleh yang demikian walaupun orang menyamar JPJ sekaipun maka tidak akan sama cara mereka seperti JPJ....atau erti kata lain tidak mengikut yang asli..





contoh bagi common license boleh digunakan dalam P& 

KESIMPULAN...sesuatu produk yang dikeluarkan tidak boleh sesuka hati syarikat lain tiru ataupun mendapatlan lesen yang sama. menjaga hak produk .. 


Tuesday 30 December 2014

ARTIKEL MASALAH PENGGUNAAN ICT DALAM P&P

 

                          Masalah Pengunaan ICT dalam Penghajaran dan Pembelajaran


          Dewasa kini, kita sedar bahawa teknologi ICT amat dititikberatkan dalam kehidupan tanpa sedar kita setiap masa dan saat menggunakan teknologi ini tidak mengira waktu. Tidak mengira factor umur golongan kanak-kanak, dewasa, orang tua sekalipun sudah pan dai menggunakan aplikasi ini dalam hidup mereka. Kesedaran yang jitu perlu ada kerana tidak semestinya aplikasi itu sentiasa memberikan kita implikasi yang baik terutamanya kepada penghajaran dan pembelajaran.

       Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran banyak memberi kesan yang baik kepada murid-murid khususnya yang di sekolah rendah tetapi tanpa kita sedari banyak masalah akan menanti. Namun begitu terdapat juga kelemahan yang timbul kesan danjukkanripada penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.
 
      Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran.Hal ini kerana guru dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.Melalui cara ini guru dapat mencari maklumat-maklumat berkenaan dengan pengajaran dengan lebih baik seterusnya dapat menyampaikan kepada pelajar secara berkesan. namun begitu kita perlu sedari bahawa kelailaian dan keasyikan kita dengan ICT mengundang masalah. Melalui penggunaan alat ICT sebagai alat bantu mengajar maka proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan dan berkesan contohnya menggunakan alat seperti powerpoint,flash,video,visual dan mereka hanya perlu mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Melalui cara ini proses pengajaran dan pembelajaran dapat di jalankan dengan lebih mudah,ringkas dan padat kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan menarik serta mudah untuk di fahami.Justeru itu pelajar tidak akan mudah merasa jemu dan bosan dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukkan melalui ICT.
 
Di samping itu kesan penggunaan ICT ialah dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.Dengan adanya ICT guru dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya ketertumpu kepada teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT.Melalui penggunaan alat ICT guru dapat menerangkan kepada pelajar dengan lebih terperinci serta mendalam mengenai sesuatu subjek.Contohnya penggunaan internet sebagai alat untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai dunia pendidikan.Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan pelajar mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta efisen tanpa perlu menunggu masa yang lama seterusnya dapat di gunakan dalam aktiviti pembelajaran.Melalui cara ini kualiti pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan kerana maklumat-maklumat dapat terus di akses kedalam sistem.
 
      Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting kerana ia dapat meningkatkan kemahiran guru dan pelajar.Melalui penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar akan didedahkan dengan pelbagai alatan dan bahan mengenai ICT seperti komputer,LCD,CD,pendrive,hardware,software,internet dan sebagainya.Semua benda yang berkenaan dengan ICT mempunyai berbagai fungsi dan kegunaannya yang tersendiri dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran disekolah.Hal ini kerana melalui penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar akan lebih menguasai teknologi-teknologi terkini yang dapat membantu dalam memahami setiap subjek yang dipelajari serta menyimpan,memproses dan merekod setiap maklumat yang diperolehi.
 
       Kemahiran dalam menggunakan ICT ini mampu memberi nilai tambah kepada guru agar dapat menggunakannya untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar agar ianya mudah untuk di fahami.Di samping itu guru juga dapat menambahkan pengetahuan mengenai sistem ICT melalui pengalaman yang diperolehi semasa menjalankan proses pengajaran tersebut. Pelbagai maklumat yang bakal kita dapat pada masa yang sama kita terdedak kepada maklumat yang tidak sepatutnya seperti pengaruh barat. Ini kerana semasa proses pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar akan saling berinteraksi tentang apa yang dipelajari serta bertukar pendapat mengenai keberkesanan menggunakan sistem ICT ini disamping memberi cadangan bagi meningkatkan lagi kualiti penyampaian.Melalui cara ini guru dan pelajar akan berusaha lagi menambahkan pengetahuan mengenai teknologi ICT ini.Dalam era dunia tanpa sempadan ini guru dan pelajar perlu menggunakan setiap teknologi yang ada agar tidak ketinggalan khususnya didalam bidang pendidikan yang banyak menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Pengetahuan yang mendalam mengenai ICT amat penting bagi guru agar ianya dapat di aplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaranbagi memudahkan lagi pemahaman murid.
 
   Selain itu manfaat yang diperolehi kesan daripada penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah dapat memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan.Didalam sesebuah kelas tidak semua pelajar mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang di ajar oleh guru.Justeru itu melalui penggunaan ICT murid-murid dapat memahami apa yang di ajar dengan lebih jelas kerana proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik serta berkesan hasil daripada penggunaan alatan ICT tersebut.Contohnya melalui pengunaan alat seperti powerpoint,grafik,audio,video dan sebagainya maka murid-murid akan lebih memahami setiap apa yang di ajar kerana di beri gambaran dan persembahan dan persembahan yang lebih mudah untuk di fahami berbanding dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk pengkuliahan.Melalui cara ini setiap masalah yang timbul dapat segera di maklumkan oleh pelajar kepada guru kerana mereka mudah bertindak balas terhadap sistem yang di ajar menggunakan ICT.
 
    Kesimpulannya, dalam kita sibuk  memajukan diri dalam ICT kita perlu sedar akan masalah yang bakal kita hadapi. Ia berkait rapat dengan kehidupan kita masa kini, kita perlu sentiasa peka dan memikirkan setiap kesan buruk yang bakal timbul. Kepandaian seseorang itu sangat penting ini kerana dapat menyelamatkan diri daripada masalah ICT yang bakal berlaku. 
 
RUJUKAN :
ROZINAH JAMALUDIN, MULTEMEDIA DALAM PENDIDIKAN
ISMAIL ZAIN, APLIKASI MEDIA DALAM PENDIDIKAN
 

Saturday 27 December 2014

ARTIKEL KELEBIHAN ICT DALAM P& P

      





                      Kelebihan Pengunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran



           Penghajaran dan pembelajaran merupakan dua proses yang saling melilit sejak formalisasi pendidikan. Terutama sekali pada masa kini, peredaran masa dan zaman yang menyebabkan kita perlu sentiasa bertindak lebih kreatif inovatif bagi melahirkan golongan celik pintar seperti berkembangnya sistem ICT. Pendidik dan mendidik perlu sentiasa peka dalam menyampaikan teknologi yang serba baru zama ini kerana anjakan paradigma.

          Anjakan paradigma yang berlaku dalam masyarakat telah mempengaruhi sistem pendidikan. ICT adalah model utama yang dibahaskan serta diutamakan untuk diaplikasikan sejajar kaedah penghajaran dan pembelajaran. Antara kelebihan yang dapat kita perolehi daripada penggunaan ICT kepada P&P ialah keupayaan unik sistem multimedia. sebagai contoh bila situasi kita bertukar kepada suasana ICT maka proses penghajaran akan lebih lancar serta pembelajaran menjadi lebih mantap. dalam proses pengiraan misalnya.

         Walau bagaimanapun, pelaksanaan program ini tidak hanya terhad kepada pendidikan Bahasa semata-mata. Program yang mempunyai potensi untuk meningkatkan keupayaan dan kemahiran murid-murid yang mempunyai tahap dan pencapaian akademik yang rendah perlu diperluaskan penggunaannya khususnya terhadap murid-murid yang menerima pendidikan khas. Rentetan daripada statistik yang ditunjukkan ini, pengkaji telah membuat keputusan untuk melihat keberkesanan prorgam Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer dalam usaha untuk meningkatkan kemahiran membaca pelajar yang menghadapi masalah menguasai aktiviti membaca. Hasil kajian yang akan dibentuk kelak adalah suatu yang perlu dikaji dengan lebih mendalam sama ada pelaksanaan program ini dapat meningkatkan pencapaian dan kemahiran membaca pelajar yang menghadapai masalah pembelajaran atau sebaliknya.

         Dalam kajian yang dilakukan oleh Baharudin (2005) mendapati bahawa penggunaan teknologi dalam bilik darjah harus diberi keutamaan bagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Penggunaan alat beteknologi seperti komputer dalam proses pembelajaran dan pengajaran adalah alternatif yang produktif dalam proses perpindahan maklumat dan kemahiran. Selain itu, ekses guru dan pelajar dapat ditingkatkan melalui penggunaan komputer. Hal ini kerana penggunaan komputer dapat meningkatkan penyerapan maklumat kerana ia melibatkan media grafik bergambar, video dan sistem pemprosesan maklumat yang pantas dan teratur. Kelebihan ini membawa kepada pengatasian had masa dan ruang.


          Penggunaan ICT sebagai alat komunikasi merupakan serampang dua mata dalam perkongsian maklumat dan komunikasi. Guru boleh mengambil peluang daripada keupayaan ini untuk menjalankan pembelajaran kolaboratif di dalam kelas. Kaedah ini digunakan untuk membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk elemen multimedia seperti teks, grafik, audio video dan animasi. ICT dalam P&P merupakan perkara yang penting dan memerlukan sokongan serta usaha yang bersungguh-sungguh di antara pemimpin sekolah, guru, pelajar dan semua pihak. Teknologi multimedia dan juga internet menyediakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berlainan daripada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang tradisi. Menerusi penggunaan teknologi moden ini, para pelajar dapat menguasai sesuatu pembelajaran mengikut kaedah pembelajaran yang mereka minati dan gemari. Di samping itu, teknologi maklumat dan Internet juga menyediakan kebolehan interaktiviti. Berikut merupakan antara kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer.
 
 
      Ashinida, Afendi dan Mohd. Shabri (2004) adalah antara penyelidik yang ingin melihat keberkesanan penggunaan Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer (PBBK) dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa asing. Kajian yang dijalankan mendapati bahawa kesemua 40 respondan yang dikaji menyatakan bahawa program PPBK boleh membantu meningkatkan kemahiran pelajar dalam Bahasa, menjimatkan masa dan tenaga semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan serta memudahkan pelaksanaan proses pengajaran guru. Sementara itu, 90 peratus daripada respondan yang dikaji juga menyatakan bahawa program PPBK dapat meningkatkan mutu pengajaran guru dan pembelajaran murid. Statistik ini menunjukkan bahawa para guru mempunyai persepsi yang sangat positif dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab dengan berbantukan komputer. Statistik ini dapat dirumuskan seperti dalam jadual di bawah:-

 

Data yang ditunjukkan membuktikan bahawa persepsi guru terhadap pelaksanaan program ini amatlah baik dan galakan yang diberikan menunjukkan pelaksanaan program ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar yang mengalami kesukaran dalam memahami pendidikan Bahasa
 
       Kesimpulannya, kita tidak boleh menafikan kemajuan dalam ICT akan mempengaruhi amalan pengajaran dan pembelajaran, latihan, prestasi serta pembinaan pengetahuan. Sekolah tanpa sempadan telah muncul, universiti tanpa kampus sudah wujud dan lain-lain lagi. oleh yang demikian, ICT menjadi sesuatu keperluan untuk menyempurnakan ketulenan dan usaha mental, antara pelabuhan dan hadiah, kebolehlakuan dan ideal. Jadi marilah kita teruskan membuat keputusan terdidik dan sedar akan perspektif berganda tentang pengajaran dan pembelajaran.
 
 
RUJUKAN :
 
ISMAIL ZAIN...Aplikasi Multimedia dalam Pendidikan..SANON PRINTING CORPORTION SDN.BHD
ROZINAH JAMALUDIN, Multimedia dalam Pendidikan...PRIN-AD SDN BHD
 
 
 

Wednesday 24 December 2014

PEMIKIRAN DAN TINDAKAN SESEOARANG DGN MUDAH...................................

 
 
CARA MELIPAT BAJU DENGAN PANTAS 
 
kalau rasa-rasa malas sangat nak melipat baju gunalah cara ini harap dapat meembantu dalam kehidupan ANDA SUME.............
 
PERHATIKAN BETUL-BETUL YE KAWAN SEKALIAN
 
 
 
 
 
 
 
.
 
 
 
 
 
 
 
 

Friday 19 December 2014

ULASAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAK BERASASKAN WEB


            PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA ARAB BERASASKAN WEB

   Pembelajaran melalui laman web ialah pembelajaran secara elektronik atau dikenali sebagai
E-Pembelajaran. Ia merupakan kombinasi di antara elemen pendidikan dan teknologi
elektronik. Kaedah ini membolehkan individu mengikuti sesi pembelajaran secara lebih
terbuka dan bebas berdasarkan keinginan dan keupayaan sendiri tanpa perlu mengikuti jadual
atau menghadiri kelas yang

   Bruner pula telah memperkenalkan 4 model pedagoginya seperti berikut:
i.   Kanak-kanak adalah pelajar yang suka mencontohi
ii.  Kanak-kanak belajar melalui pendedahan didaktik
iii. Kanak-kanak sebagai pemikir
iv. Kanak-kanak adalah berpengetahuan

 Objektif Pembelajaran Bahasa Arab Melalui Laman Web
 i.   Mencapai keberkesanan yang maksimum dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
 ii.  Pembelajaran yang maksima dalam jangka waktu yang singkat dan kos yang
minima.
 iii . Kesejagatan sumber pengajaran dan pembelajaran
iv  . Mengurangkan bebanan dan menjimatkan masa guru dalam penyediaan
bahan bantu mengajar. 
 v.   Membantu menyelesaikan penyampaian konsep yang abstrak secara lebih
baik 
 vi.  Menyediakan bahan bantu mengajar yang relevan dengan teknologi hari ini.


       Pengunaan teknologi maklumat seperti web sangat memudahkan kerja kita kerana banyak informasi baharu akan dperolehi dengan mudah dan pantas. tetapi banyak juga keburukan yang akan kita hadapi terutama nya sekali golongan muda mudah terpengaruh contonhnya terpengaruh dengan budaya yang tidak baik (menggunakan alasan belajar bahasa arab tetapi dalam pada yang sama menggunakan peluang yang ada untuk melihat perkara-perkara sia-sia).

       Selain itu, tidak semestinya penggunaan web bagi pembelajaran bahasa arab sentiasa berkait rapat menjurus pada keburukan semata-mata, ada juga terdapat kebaikan yang dapat kita perolehi dengan cara teknologi web masa kini. misalnya jika kita menggunakan web untuk pembelajaran bahasa arab maka kos seperti kelas tambahan dapat dikurangkan, masa kita akan lebih jimat, maklumat boleh didapati dengan cara yang mudah serta padat, dapat melihat pelbagai cara pembelajaran yang lebih sistematik untuk diaplikasikan dalam sector pelajaran masa kini.

KESIMPULAN:

        Pada pendapat saya, pembelajaran bahasa arab melalui web amat strategi ini kerana banyak kepentingan dan faedah yang dapat kita perolehi. bak kata orang zaman sekarang 'maklumat hanya dihujung jari sahaja' tetapi dalam pada masa yang sama akal pemikiran kita juga perlulah hidup seiring teknologi sekarang. penting kepada kita untuk melaksanakan  kaedah ini kepada golongan dewasa supaya tidak ketnggalan zaman tetapi kita perlu memantau sedikit pergerakan mereka selagi mampu supaya tidak khayal.

.

   

ulasan peranan ICT dalam penyebaran dakwah islamiah dalam Era globalisasi




             PERANAN ICT DALAM PENYEBARAN DAKWAH DALAM ERA GLOBALISASI



definisi dakwah bahasa

Dakwah yang secara bahasa berasal dari kata da’a, yad’u, da’wan, du’a yang berarti mengajak, memanggil, seruan, permohonan adalah istilah yang lazim dalam hidup umat muslim. Istilah ini biasanya di Indonesia untuk menyebut aktifitas ceramah keagaamaan, tabligh, dan yang sejenisnya.

definisi dakwah istilah

Tapi sebenarnya istilah ini bersifat netral, artinya seruan atau ajakannya untuk hal yang umum, tidak pada suatu perbuatan atau keyakinan yang benar atau salah. Namun kini telah terjadi monopoli atas kata ini oleh orang Islam, setidaknya itu kata Emha Ainun Nadjib.


*seperti yang kita sedia maklum pada zaman yang serba moden sekarang amat pentig pengunaan ICT dalam dakwah era globalisasi kerana dengan cara ini pelbagai dawah akan lebih berkesan.sebagai contoh seorang kanak-kanak atau golongan dewasa khususnya lebih memilih untuk duduk di rumah dan melayari internet berbanding pergi ceramah bersama ibu dan bapa. oleh yang demikian ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting...gunakan teknologi yang ada dan tunjukkan kepada anak-anak indah nya Islam di mata dunia..pupuk semangat supaya mereka gunakan dengan cara yang betul.

*tidak seperti zaman dahulu yang mana zaman mula-mula dakwah islam berkembang melalui NABI MUHAMMAD SAW...dari satu tempat ke tempat yang lain NABI menyebarkan dakwah islamiah untuk menarik minat golongan kafir pada masa itu walaupun pelbagai ujian yang dihadapi oleh Baginda tetapi NABI tetap bersabar...hanya mengunakan kudrat yang ada pada masa itu.

     oleh yang demikian,pada masa sekarang lebih memudahkan tidak payah bersusah payah untuk pergi dari satu rumah ke satu rumah yang lain misalnya untuk menyebarkan dakwah hanya melalui ICT sahaja..

KESIMPULAN :

     Pada pendapat saya, setiap orang perlu pandai dalam penggunaan ICT  kerana dalam era pemodenan masa kini teknologi maklumat amat penting. setiap orang perlu celik dan pintar untuk merealisasikan dalam kehidupan. sentiasa berfikir dan berani untuk melakukan sesuatu perubahan tetapi perlu memotivasikan juga diri dengan berfikir kesan atau impak sesuatu yang dilaksanakan kepada kehidpan kita. terutama sekali dalam dakwah terutamanya.
  .
hidup ini bagai lampu dinding yang dinyalakan di dalam hari.....apabila minyak sudah kering pasti padam sendiri, begitulah bait-bait lagu yang manjadi bahana kehidupan seseorang di mana kita sebagai manusia akan mati juga suatu hari nanti ...maka sebagai umat islam kita perlulah mendekatkan diri dengan Allah SWT dengan cara menerima dakwah yang disampaikan guru dapat dimanfaatkan hingga ke liang lahat....in shaa Allah......